Tutorial: Backup blog anda

Hari ini cikgu kopi pasta hendak mengajar anda semua ABC. Haha, gelak yang tidak lawak. Ehem, aku mula serius ini. Okay, aku bagi anda s...


Hari ini cikgu kopi pasta hendak mengajar anda semua ABC. Haha, gelak yang tidak lawak. Ehem, aku mula serius ini. Okay, aku bagi anda satu situasi. Hari Ahad, jam 9 pagi. Anda bernafsu untuk menulis entri dan anda pun login ke blog. Ada 3 keadaan. Pertama, anda sudah masukkan id dan password anda tetapi masih tidak dapat login. Kedua, apabila anda membuka blog, anda mendapati blog anda telah digodam. Ketiga, blog anda telah dipadam oleh Blogger. Apa reaksi anda? Menangis? Terkedu? Pasrah? Lalu anda membuat kembali blog baru dan bermula dari kosong. Tragis sungguh.

Tahukah anda membuat backup pada blog anda hanya memakan masa 30 saat sahaja? Andai kata anda mengalami salah satu keadaan yang telah disebut di atas dan blog anda tidak dapat dikembalikan, anda tidak perlu bermula dari kosong. Dengan backup anda dapat mengembalikan kembali post-post anda berserta dengan template anda. Tambahan, komen pembaca anda juga akan dikembalikan juga. Cuma follower itu, anda terpaksa bermula dari kosong kerana anda menggunakan emel yang baru. Tetapi follower itu boleh dicari kembali lebih-lebih lagi, pembaca tegar akan follow kita kembali dengan ikhlas. Itu pentingnya membuat backup post dan template anda. Oleh itu, di atas kesedaran sivik, aku membuat tutorial ini dengan penuh kasih sayang. Fuu, letih aku menaip karangan SPM ini. Haha.

Garis panduan menggunakan tutorial
[1] Pastikan anda berpakaian kemas ketika sesi tutorial.
[2] Aku yakin 99 peratus, anda tidak akan nampak gambar di bawah ini dengan jelas. Jadi, sila klik pada gambar untuk pembesaran tulang yang sihat.
[3] Dalam gambar tutorial di bawah ini, aku ada sertakan sekali urutan nombor. Sila gunakan nombor itu sebagai panduan.
[4] Pic#2 hingga #5 adalah untuk backup post (beserta restore post). Pic#6 dan #7 adalah untuk backup template (berserta restore template).
[5] Ok itu sahaja. Teruskan pembacaan tutorial anda dan selamat maju jaya.







Pastikan post dan template yang baru anda download itu dinamakan dengan format yang mampu anda cam agar mudah untuk anda mencarinya apabila perlu menggunakan backup tersebut. Sila jadikan membuat backup ini satu amalan bagi anda. Paling-paling kurang, 2 kali sebulan. "Always be prepared for the worst and pray that it will never comes" bak kata Bear Grylls dalam Man Vs Wild. Haha. Andai kata, anda membuka blog baru dan ingin restore balik template itu, sila pastikan anda telah delete semua widget yang berada pada template anda sekarang sebelum proses restoration itu bagi mengelakkan widget anda bertindih. Itu sahaja. Kalau tidak faham, sila kemukakan komen di bawah. Jika anda ingin membuat permintaan tutorial, boleh. Sila kemukan permintaan anda tersebut di bahagian komen. Sekian.

Jom baca artikel yang lainnya.

tutorial 933500933562088324

Post a Comment Komen Blogger

  1. akhrinya selesai juga usaha kau bersusah payah buat tutorial ni. thank you untuk tutorial nya :)

    sgt berguna. nnti aku nak try la. betul tu, kite kena always prepare for the worst.

    ehh ehh tapi kan. aku punya dashboard, yang lama punya la. boleh ke ?

    ReplyDelete
  2. okay. boleh boleh. thanks :D

    ReplyDelete
  3. @ ety..ko kne tukar ke new dashboard dlu..ko tau kn cmne nk buat? ak cadang kn ko biasakn diri gne updated dashboard ni mulai skrg krana yg old interface ni xlama lg Blogger xpakai dah..smue akn sync pakai yg updated interface...

    ReplyDelete
  4. aku dah backup dah setiap bulan..taknak aku hilang lagi..baru satu entri terdelete pon dah bengang..kalau blog kene hack mau gila aku..hahhaa..

    ReplyDelete
  5. @ sam..tu la pasai...tulis smua n3 dgn penuh kasih sayang ttiba smue hilang sekelip mata..mau meraung haha. tapi bkn ak la sbb ak sllu jer backup just in case..skt nk start dr kosong..

    ReplyDelete
  6. Komik thanks for your effort... bersusah payah buat nicely so that we can follow step by step (jasa mu ku kenang he3) ni buat back up tak pakai proper attire pun boleh kan ha ha ha ^^. Nanti PPP akan back up betul2 ni kena duduk diam2 and buat.. x leh sini sikit, sana sikit... harus x menjadik... ni way.. i hope this will help us on preventing spam and so on... thank u... cikgu.. :) nicely done... hu hu hu muka mamat tu mmg x ble blah ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  7. tu laa. aku noob gila pakai dashboard baru. aku pernah try, lepas tu aku tukar balik. lepas ni kena biasakan diri laa.

    ReplyDelete
  8. cikgu kopi, saya tak berpakaian cukup kemas masa sesi nih.. rambut pun tak sikat. tapi mintak halal la ye ilmu2 ni..

    bagus pengajaran encik kopi..*clap3x..

    ReplyDelete
  9. tadi lepas je dapat blek blog aku terus backup.. sebelum ni ada gak buat gtu. tapi lama2 jd malas..huhu. thanks nasir komik..

    ReplyDelete
  10. bila baca ni aku mula rasa risau. sebelum ni takde kesedaran langsung..nak backup cepat2 keje berlambak pula. apa2 pun thankz Mr.Kopi berkongsi.

    sharing is caring...kau memang caring. :))

    ReplyDelete
  11. sekejap jelah..ingatkan lama sangat la prosesnya.
    dalam keje berlambak pun main klik2 je selesai..hehe.

    #saje nak bagitahu.

    ReplyDelete
  12. hihihi,nak buat jugak la..nnt xpasal2 cr mrkopi lg yg sudi membantu dgn penuh kasih dan sayangnya.. hak2..

    ReplyDelete
  13. a.. nanti mlm haku geledah..

    ReplyDelete
  14. laaa gitu je? hehe .. thanks la 4 the toturial. komik2 kan suke kongsi2 nie kan :P

    ReplyDelete
  15. weyh, kalau buat mcm ni, kalau nak publish comment tapi tertekan delete, boleh back x?
    Aku salu tertekan delete= = "
    Rugi je komen2 tuh= ="

    ReplyDelete
  16. @ ary. err kurang phm dgn soklan ko. ni yg aku phm dr ko nyer soklan...ko nk approve komen tu tp terdelete..err xboleyy mlainkan sblum ko terdelete tu, ko dh backup dlu post ko tu...so ko boley up post yg ada komen tu...ada phm?

    ReplyDelete
  17. nice tuto here .
    tapi gamba org yg kamu tempek tempek tu,muka dia tu..ishh entah la..mcm mintak kakiii jee
    hahaha

    ReplyDelete
  18. hoyeayyyy sudah jd.. tq bery gud

    ReplyDelete
  19. slame ni tak pernah risau pun pasal backup backup ni, tapi sekarang ni nampaknye kena mula merisaukan diri la, takut pulak kalau blog aku hilang, menangis tak berlagu nanti.

    btw thanks for the tuto :D

    ReplyDelete
  20. Harus ambil tindakan segera ni...karang ilang plak blog yg cun melecun...thanks cikgu...

    ReplyDelete
  21. erh bukan kau kate kalau kes mcm kau ni post and komen ade just followers kosong..tp okay je followers kau kopi ? ke aku salah -.- erh ape-2 je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud aku, itu utk blog yg kne delete yg tak dkembalikan. kne la buat blog baru dgn nama baru. so follower kan start dr kosong balik la.

      utk kes aku ni, blog aku kne delete, tp lepas aku verify balik akaun gugel tu, blog aku tu dkembalikan seperti sediakala

      Delete
  22. terima kasih cikgu Miko.. lepas ajar yang lain semudah 123 ye.. :)

    ReplyDelete
  23. tak sempat nak buat . tuisyen merata , buku berterabur . nanti aku try . tu pun pun kalu nak menjadi . kah2

    ReplyDelete
  24. apekah sungguh skema nye cikgu hari ni?? kuang2...ok thanks..aku dah berjaya buat =)

    ReplyDelete
  25. nak buat nti lah.. berguna ni.. hope esok x lupa nk buat menda nih.. he2..

    ReplyDelete
  26. Memang tak sesia sy letak blog mr copy paste ni dlm side bar sy as blog hebat dimataku... tutorialnya... penuh lawak & wajah yg menghilangkan stresssss sbb nk backup template blog yg dh nk mula jd haru biru bila nk adjust width blog... huahuahua....

    ReplyDelete
  27. nice! (Y) thank you so much for this post! =')

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow

Cbox

Komen

Arkib

Artikel terkini

item