Serius: Awas jangan main klik sahaja

Aku seorang yang budiman dan jika ada orang yang meninggalkan link di blog, aku akan mengunjungi balik ke blog mereka dengan klik link n...


Aku seorang yang budiman dan jika ada orang yang meninggalkan link di blog, aku akan mengunjungi balik ke blog mereka dengan klik link nama mereka. Tapi makhluk yang menggunakan nama sebagai Ninie cuba melakukan PHISHING untuk mendapatkan id dan password. Ini kali pertama bagi aku, ada makhluk yang melakukan PHISHING di depan mata aku. Ingat aku bodoh sangat ke hendak termakan jerat itu.

Apa itu PHISHING? PHISHING secara ringkas ialah aktiviti untuk mendapatkan id dan password kita dengan menirukan website yang asli untuk memperdayakan kita hingga kita merasakan website tersebut adalah asli.

Phishing is when an Internet hacker tricks his or her victim into believing that he (or she) is a legitimate company, government agency or individual in order to obtain privileged or private information. For example, passwords, credit card information, proprietary information and personal information are all in danger under a phishing attack. Sumber: dragonblogger



Perhatikan kotak merah di atas. Dengan  mengguna nickname Ninie, yang aku yakin dengan menggunakan identiti sebagai perempuan dan berlagak comel serta menggunakan konsep ' i follow u, follow me back', orang akan tanpa was-was akan klik link tersebut untuk blog walking. Tetapi tindakan tersebut boleh membawa padah kepada kita jika tidak berwaspada.




Apabila aku klik link jahat tersebut, ianya membawa aku ke tempat untuk login Blogger. Page untuk login sangat identical seperti Blogger yang asli. Bagi sesiapa yang buat tidak kisah akan beranggapan mereka telah ter'signed out' dan perlu login kembali. AWAS! jika anda login kembali menggunakan id dan password anda, ini bermakna anda telah termakan jerat makhluk jahat ini. Dia telah berjaya melakukan PHISHING terhadap anda. Dia telah memperoleh id dan password anda dan mampu melakukan banyak perkara seperti mengaksess akaun Google anda seperti gmail dan lain-lain.

So, macam mana hendak mengenal pasti PHISHING. Caranya mudah dengan melihat address bar kita. Jika url tersebut nampak meragukan seperti dalam kotak merah di atas (klik untuk pembesaran gambar), maka page yang berada sekarang adalah palsu.




Tambahan, dekat Google Friend Connect tidak menunjukkan penambahan teman baru tetapi makhluk tersebut mengatakan sudah follow kita. Menguatkan lagi bukti makhluk tersebut penipu.



Dengan menggunakan saluran Fibox, dia bergerak untuk menjaja link jahat tersebut kepada orang lain. Sebagai contoh, blog PariPariputih yang mana dia menggunakan konsep ayat yang sama. Hehe nasib baik PPP seorang yang bijak dan tidak mengisi login tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sila berhati-hati apabila klik link yang meragukan dan jangan terus mengisi butiran id dan password. Perhatikan dahulu url tersebut. Untuk blog, sila jadikan amalan download post dan template anda sebagai backup. Andai kata anda terkena PHISHING, anda boleh menggunakan backup itu untuk blog baru anda. Dan juga jangan guna satu password untuk banyak-banyak akaun. Pelbagaikan password anda itu.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati

Jom baca artikel yang lainnya.

serius 7947097216459413283

Post a Comment Komen Blogger

  1. Salam..ni sayang kat sankuwik ni, heh3 >_<

    tadi pun, nyaris. slmt kuar makan kt kdai mamak. bila on9 balik,kakzai gtau, jgn klik si nini tuh.

    Phishing ea..1st time lana dgr nasir..huk3. hurm, baru tau.. kdg2 tak phm mnusia cmni..ada je masa dia nak buat keja2 haram jadah cmni..

    tpi, kalau yg jenis cmni, at least, kita leh kawal lgi, slagi tak ltk id n pswrd rite?

    kalau leh block yg suka ltk iklan2 says.com tu kan best. berganda2 best,grrrr.. *marah2*

    ReplyDelete
  2. ohh thank you for the entry. noted. lepas ni kena lebih berhati2.

    ReplyDelete
  3. kita boleh tahu url link tersebut sebelum kita klik dgn kta hala cursor kita ke link tersebut tp jgn klik. tgk kt bhgian bwh kiri/ kanan akan ada box putih yg bgtau url link tersebut

    ReplyDelete
  4. kene sign in 2kali la bro..hahahaa..tapi bahaya ni kalau orang tak sedar..

    ReplyDelete
  5. PPP lagi?? ha ha ha aku ni dah jadi kira macam "kembau siam" ngan si leakedknowledge,mrkomik,encopypaste ataw nama baru yg aku bagi "MACGYVER"...

    Thanks la ya sebab rasa PPP ni cerdik.. ha ha ha (first time org kata aku cerdik) kembang kempis dah hedong kuh ini...

    Anyway MacGyver thanks for your help ^^ appreciate it much..

    ReplyDelete
  6. yup mmg 2kali klu xbuat typo. yang pertama login tu, die dh dpt id & passw kita.kmudian dia kn ckp login error dan kita login utk kli ke 2 (ni yg asli) dan kita boleh login. So org xsuspicios. tula pasai...phishing ni sbnrnya simple jer tp sbb org xperasan dan buat xkisah, tu yg kne tuhh

    ReplyDelete
  7. PPP mula terpersan bila dia kata dah follow, then when i check my follower no new follower masa tu mcm dah cuak jugek... but i hope this spammer didn't change the ID la... klw tak hurmm payah jugak ni...

    ReplyDelete
  8. zzz -.- kelmarin tgah sedap blogwalking tengok blog member sorang kena deface/pawned . hilang mood . rasanya dea dah terkena phish . dan tgok-2 hacker tu post link tu dekat wall dea -_- mmg bahaya teramat .

    ReplyDelete
  9. never trust anything on internet. tu yg ptut kita semaikan ketika kita on9. sbb ambik mudah dan buat2 xnk thu tu yg mmakan kita kelak. ilmu pon ptng jgk :)

    ReplyDelete
  10. ah.. pernah ada org buat mcm ni. katanya dah follow tapi rasanya takde yg baru follow. biasanya sy tak klik link yg di beri tapi klik link nama pengunjung, sebab tu tak kena hari tu kot. tapi takpe. dah baca kat blog cik Pari-pari n dah baca kat sini.

    nice sharing :)

    ReplyDelete
  11. oh...bahaya gak tuh..thnx for the info

    ReplyDelete
  12. giler. meh sini wa backhand si ninie tuh.
    bgos entry kau komiko. aku bru tau mende2 gini

    ReplyDelete
  13. hang xdak time kjadian terjadi..klu x, hang boleh lempang die se das dua :p

    ReplyDelete
  14. mane. bukan se da dua. ber'das das aku bagi :p

    ReplyDelete
  15. tq bro..rasa macam pernah kena jer huhuhuhhuuu...

    ReplyDelete
  16. perghhhh tenkiu for the info. dasyat orang2 zaman skrg nie. kira nak buat naya kt org jer..

    ReplyDelete
  17. yup yang simple jer tp bayangkan klu kita terjerat terbagi id n pass untuk online banking kita..xker naya...beringat sblom kene

    ReplyDelete
  18. ade gkk yg jht mcmni ekk ? ape yg die dapat xthu la.. tp ase mcm pnh jd jerrkk kt sy,, ermmm... btw, follow r balikk..(yg ni xde pnishing, no tol2) haha http://hidupiyyefa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. sy pun de terklik jgk..tp nsib baik sy x isi..sempat jgk la sy pangkah fuhhh...slmt..tp dia x guna nama ninie da..dia da tukar nama lain x silap sy..anyway thnks ye :)

    ReplyDelete
  20. ohmyenglish !!
    tengs 4 da info :)
    naseb tau follower banyak mane..jadi mmg xkan follow lah pasni :)
    hehehhehehe

    ReplyDelete
  21. terkena jugak dgn link name ninie tu..nasib baik tak trus klik..penjenayah!!huhu~

    ReplyDelete
  22. thanks pasal info ni
    coz sye ni bkn tau sgt pn psl it ni.
    nyusahkan org je hacker ni.
    ape nk jadi kn dunie ni
    ade jugak manusie mcm ni.

    ReplyDelete
  23. thanks psl info ni.
    sye bkn crdik sgt ttg it ni.
    cmnelah dorg leh buat bnde ni.
    menyusahkan org je

    ReplyDelete
  24. @ withiut you & eira...xda hal.ilmu ini utk disebarkan bkn utk dsimpan..apa yg aku share ni secebis ilmu jer...smoga ilmu yg sedikit ni mampu mbuat kita waspada dgn dunia internet :P

    ReplyDelete
  25. bro, aku penah terkena, tapi sebelum aku follow blog ang..huhu.. sebab aku agak slow bab2 IT nih.. pepun tq for sharing this info.. penerangan yg senang paham..haha

    ReplyDelete
  26. sebelum aku menjadi mangsa,bagus aku sudah membaca info nie. hehe
    ape ke jadahnye buat mcm tu.

    ReplyDelete
  27. ty for the info. kalu tak bace ni sampai bila2 tak tahu n maybe dah kena tipu.. ayoo org zaman sekarang.

    ReplyDelete
  28. eiii ,jahat punya jahat ! versi stacy .

    ada jugak cmni ??? harap2 dijauhkan...

    thnks for sharing...

    ReplyDelete
  29. ninie mane yg cari hal ngn kau je tu?
    aaaaa....aku pun baru tahu pishing2 bagai ni..rasanya pernah tak ea aku terkena...

    ohh aku tak sedar!

    hye there, first masuk sini :) halo2 encik kopiko.. :P

    ReplyDelete
  30. ohh baru tau tu phishing rupenye.aq pnah kelik link ape tah pastu keluar yg suruh login balik tu.aq ingtkn lappy gelong ke internet ke lembab.aq malas terus pangkah.
    thanks for info

    ReplyDelete
  31. oo . phishing . info terbaik , bro . trimas ~

    ReplyDelete
  32. First time dgr prktaan ' phishing ' . selalu nya guna HACK jer . Btw , tak sangka ada jugak makhluk jahat macam ni . Thanks for da info . ;)

    ReplyDelete
  33. uikss..TQSM for the info ehh.. ;)

    ReplyDelete
  34. pernah gak terkena... dah entrt semua pasword sekali tgk link GOGLE.COM trus cancel tkr pword

    ReplyDelete
  35. cian kt owg yg kena link cmni..bkn stkt kt Cbox blog tp kt chat fb pn ade..

    << selalu da dpt link2 cmtu..nseb baek dh tau phishing tu ape..huhu..jht giler dorg neh..

    dlu ade gak kwn terkena..cian dia kna hack.. T_T

    ReplyDelete
  36. owh.. sy baru tahu... terima kasih berkongsi tips nie...

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow

Cbox

Komen

Arkib

Artikel terkini

item