Tutorial: Block link iklan di Shout Busuk

Kebanyakkan shoutbox percuma, dihadkan fungsi lain yang boleh dianggap penting. Ada juga yang diselitkan dengan iklan. Bagi aku Shout Bu...

block url iklan di shout.busuk

Kebanyakkan shoutbox percuma, dihadkan fungsi lain yang boleh dianggap penting. Ada juga yang diselitkan dengan iklan. Bagi aku Shout Busuk adalah kotak jerit terbaik. Percuma, bebas iklan dan fungsi premiumnya tidak dikunci. Fungsi yang aku maksudkan di sini adalah kebolehan untuk ban atau block sesuatu link, lagi-lagi jika link tersebut adalah spam. Link berupa iklan seperti churpchurp dan says, aku kelaskan juga sebagai spam. Ini kerana aku berpendapat, shoutbox hanya untuk link blog yang ditinggalkan oleh blogger lain sebagai jejak untuk blogwalking. Tutorial di bawah ini sangat mudah dan aku cuba terangkan seringkas mungkin. Semoga anda tidak miliki masalah untuk memahaminya.

block url iklan di shout.busuk

Sedikit penerangan ringkas. Ini contoh. Struktur link says adalah seperti berikut.

http://ysmcdn.com/share/my/xxxxxxx.

Keyword: ysmcdn atau ysmcdn.com.

Apabila kita ban sesuatu keyword, ini bermakna kita akan ban keseluruhan  link tersebut.

Okay, ayuh kita teruskan dengan tutorial.

[1] Mula-mula, login ke akaun Shout Busuk anda. Diikuti dengan klik Ban URL List.

[2] Isikan bahagian URL dengan keyword yang ingin kita ban atau block. Di bahagian Reason pula, anda boleh letak apa-apa yang dirasakan sesuai. Selepas semua diisi, tekan butang Submit.

[3] Akhir sekali, jangan lupa untuk tekan AKTIFKAN. Siap!

*Sila lihat gambar di bawah untuk lebih faham.*

Demo anda boleh cuba di shoutbox aku, SEMBANG SINI. Cuba letak apa-apa link iklan dan anda dapat lihat link tersebut tidak dapat dipamerkan di shoutbox. Anda boleh rujuk gambar di atas untuk lain-lain keyword yang anda boleh gunakan untuk ban lain-lain link iklan seperti churpchurp, blin.gd dan etc.

Harus diingat. Struktur link iklan mungkin berubah-ubah. Tetapi apa yang penting adalah untuk update dan setting keyword baru untuk menyekat link iklan itu di shoutbox.

block url iklan di shout.busuk

Tambahan. Cara mudah untuk tahu url sesuatu link adalah dengan menghalakan cursor ke arah link itu dan jangan klik. Perhatikan tooltip atau kotak yang muncul di sebelah kiri bawah dan padanya akan tertera url link tersebut. Dari situ, anda akan dapat mengenal pasti sama ada link itu adalah url blog, link iklan atau link spam yang ditinggalkan di shoutbox anda. 

Ok, itu sahaja. Mudah bukan? Bagi sesiapa yang kurang faham, boleh bertanya. Dan jika anda merasakan tutorial ini berguna, sila gatalkan tangan untuk klik butang g +1. Adios!

Jom baca artikel yang lainnya.

tutorial 4145729281081539783

Post a Comment Komen Blogger

  1. Assalam, aku baru je terbaca ttg churpchurp ni td bila saja2 blogwalking rakan2 blogger ada trjumpa yg ada cerita ttg tu.. skrng baru tahu ianya adalah sejenis spam. Thanks for info ni ye. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjaja link2 iklan di shoutbox untuk mendapatkan klik yang tidak ikhlas dri orang . Itu SPAM... Cara senang nak dapatkan duit dengan menjengkelkan orang.

      rasa tertipu bila link yg diklik bukan url blog yg ditinggalkan untuk mbalas blogwalking blogger lain.

      Delete
  2. tlg buatkan utk aku?

    Kehkeh..

    ReplyDelete
  3. yeahh dah ikuti ! tenkiuk en copy :D
    selamattt dr manusiaa tamak-kun ~

    ReplyDelete
  4. Way to go, buddy! :) Spam comments ni annoying and buat semak je hahaha

    ReplyDelete
  5. waa..bagus2..sebab sejak dua menjak ni asyik dapat link iklan je..orang yang sama pulak tu..dia bantai letak sampai 4 5 iklan -_-"

    ReplyDelete
  6. awesome share!
    bile ada masa lapang nak buat smua nih.

    ReplyDelete
  7. Eh..mudah sangatlah..hanya masukkan link yg nak di ban, terus boleh ban semuakan...

    tp Nur guna cbox...tak ada mcm ni kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tapi kena jadi premium user *berbayar* dulu baru feature tu diUNLOCKED.

      Delete
    2. ohhh...jenis 'berbayar' kee...
      Ermm..nak tukar shout ni,
      lupa password lak..

      Delete
    3. kalau lupa password, boleh jer buat recovery. nanti busuk akan hantar melalui email link utk reset password...

      Delete
    4. Ermm...nanti kalau rajin bolehlah cuba..
      tapi skarnag ni malas...
      kehkehkeh...

      Delete
  8. hehe trimas tau . aku dah buat . sebijik macam kau punya . hihi :B

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. bagus tuto ni. tapi sheila tak letak shoutbox! nanti orang malas nak komen dekat entri. hehhahhaehahea

    ReplyDelete
  10. thanx .....lupa password la pulak...huhu...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih... tapi wa pakai cbox, kalo pakai busuk nanti susah nk tgk history kengkawan yg tinggal jejak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah itu dari segi apa? rasanya shout.busuk ni sama macam cbox juga untuk tgk archieve messages yg lama2...

      Delete
  12. Miko tahu tak nak block komen yang spam tu.. penuh lah pulak dalam komen.. kalau spam ok tak pe lagi nie viagra2 bagai. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita setting 'Anyone' untuk komen, memang takda cara utk elak/ block komen2 spam tu *bot mggunakan id anonymous*...

      nak taknak, mmg kene setting 'Registered User' yg boleh komen.

      Delete
    2. Oic.. maksudnya kena tukar setting tu lah eh baru dia tak keluar makcik anon.. akan dipertimbangkan nanti. Rasa kesian pulak kat org luar yang tak register tu. Tapi tulah berlambak sangat le pulak spam tu. Thankz miko :)

      Delete
  13. aku buat dah. tapi awat masih boleh letak link2 tu ? -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon cuba skali lagi ye cik pensil.. :)

      Delete
    2. hg letak iklan nuffnang ke? =.='

      Delete
    3. ha. apa keywordnya ?

      Delete
    4. LOL. jarang org letak iklan nuffnang kat shout. lgpun dia punya iklan berubah...kalau hg nak block juga, terpulangla.

      untuk keyword tu, cari perkataan yg dimalarkan/sama *constant* utk setiap link tu...kiranya ambik kata dasar

      apa yg aku perasaan iklan nuff, mesti ada perkataan 'campaign' utk stiap link...so hg boleh gune campaign sbg keyword utk diban.

      Delete
    5. oh. malaslah nak buat kalu mcm tu.

      Delete
  14. lepas ni boleh la praktikkan.. sebagai langkah berjaga-jaga..
    thanks for info ^^

    ReplyDelete
  15. aku mmg dah lama nak guna shout busuk ni tapi rasa syg plak kat cbox sedia ada tu...

    ReplyDelete
  16. ok, boleh try pakai shoutbox nnt, thanks for tuto, semangat ngadap macam yo yo nak buat la ni jugak.

    ReplyDelete
  17. saya baru tau :)
    thank you ^_^

    ReplyDelete
  18. CP pown dah lama tak sentuh bahagian shoutbox tuh , rase malas jer , hehehe , terlupa pown kowt pasal benda alah , sebok duk lawat bloglist tapi blog list pown tak sempat nak lawat habis ..

    btw , terbaek la tutorial nih !

    ReplyDelete
  19. blog lama pernah letak shoutbox tu. tapi sbb byk link spam dan entah hapa-hapa dan sapa-sapa, dah malas nak letak shoutbox. lagi satu kenapa tak gemar letak shoutbox adalah disbbkan oleh, org suka tinggalkan pesan "sy dah follow, follow sy balik" =.='

    err.. kemalasan nak edit2..tapi mungkin berguna satu hari nanti entry ni. TQ 4 sharing, kopi susu.

    ReplyDelete
  20. aq sda cubaa.. heheheh...

    ReplyDelete
  21. setakat ni xda lagi link iklan...sebab sndiri malas update..jd blog x glemer...hehe

    ReplyDelete
  22. Wah..terima kasih atas info ni..dah banyak kali terkena..nyampah btol..iklan pulak dia letak kat shout..lepas ni tak de org leh letak la iklan kat shoutbox..padan muka diorang..hehehehe

    ReplyDelete
  23. nice sharing encek kopi
    nak buat jgk..nanti
    aah..jgn ler letak link iklan kat kotak jerit...sakit ati nk klik

    ReplyDelete
  24. harap lepas ni, xda la orang yg suka buat gitu. kkdg nak marah pun ada. hoho

    ReplyDelete
  25. oleh kerana aku bukan kaki borak kat chatbox jadi aku simpan dulu n3 ini utk kegunaan masa depan.. mana tahu di masa depan aku ada byk masa kat blog n byk gunakan chatbox :)

    apa-apa pun tutorial ini memang berguna

    ReplyDelete
  26. blogwalking dr blog list sy pg2 ni. eh,eh....mcm tau2 je sy sdg mencari tutorial ni. Terima kasih bebanyak la encik copy...

    ReplyDelete
  27. salam..

    owh..bguih gak busuk nyer shoutbox ni ea..bole jg yaya pkai nti..heee riso gak t kene spam ke hape..ok2..thanks info yg dberi ye ^_^

    ReplyDelete
  28. demi duit... jengkel spam, semua akan buat. janji dpt $$$. nak buat mcm mana bro. tinggalkn komen lagi bagus.

    ReplyDelete
  29. dah lama aku buang kotak jerit-jerit ni. ramai jugak suruh pakai busuk nyer. nantilah...hehe.

    ReplyDelete
  30. kalau guna cbox macam mana pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cbox free user, memang LOCKED. nak guna fungsi ban tu, kene jadi user berbayar dulu

      Delete
  31. wah... bagus2.... nak block jugak semua spam ni... muahahaha

    ReplyDelete
  32. mohon sediakan latih tubi utk tutorial ni..-_-"

    aku belum ban lagi sebab setakat ni xde link2 iklan yg masuk dlm chatbox aku..maybe diorang ingat aku ni garang kot..padahal aku baik..grrrr

    ReplyDelete
  33. tak perlu latih tubi sbb ko kan otak bergeliga...

    sediakan payung sebelum hujan... takkan la nak tunggu org taruk link spam tu dulu, baru ko nak buat.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum miko :)

    Masyaallah dah lama rasanya aku tak datang buat bising kat blog ang. Btw benda ni baru je kita sembang tadi kan. Aku dah telaah entri ang ni selama setengah jam. Dan baca kesemua comment comment yg ditinggalkan ni selama 15 minit untuk faham keseluruhannya.

    Dan insyaallah aku akan tukar ke shout busuk plak. Tu pun kalau hati aku dah tawar dengan cbox. Aku rasa scary bila jadi macam tu tadi. Tak penahnya orang buat macam tu kat aku. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  35. owh bgs tutorial ni sng fhm.saya awal thn ms nk renovate blog,trs tukar ktk jerit yg baru n ambil shout busuk.mmg x suka ktk jrt yg lama sbb sesuka hati tempek iklan.kalau org nk baca iklan tu org buka tv3/selak majalah je hehehhe....

    ReplyDelete
  36. morning en.copypaste, saya nak tanya, ada tutorial untuk banned benda yang sama dekat CBOX tak? sebab PG pakai CBOX untuk shoutmix tu. tak berapa bekenan dengan mereka yang meninggalkan url ads dorg tu. kalau nak betul2 minta klik, just say it. jangan letak mcm tu je. tak suka la :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau free user, fungsi cbox sgt LIMITED. Kena jadi user berbayar dulu kalau nak pakai fungsi tu. Fungsi untuk ban IP dan pasang captcha *verification words* masih boleh digunakan untuk free user.

      #dicadangkan pkai shout busuk ATAU fibox

      Delete
  37. rasanya saya perlu pakai busuk SHOUTMIX kot. sebelum ni pernah pakai juga. tapi, ada yang tak kena, makanya PG tukar dengan CBOX :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala benda free, kadang2 server shout busuk down sbb ramai orang pkai tapi takda la kerap sgt terjadi macam tu~

      Delete
  38. mama dah buat ni dulu masa mama baru letak shout busuk... hihi, sekarang paswod shout busuk pun mama lupe.. hihi

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow

Cbox

Komen

Artikel terkini

item