Santai: Teka-teki berhadiah

LCW kalah lagi. Perak untuk Malaysia. Fuu, tidak mengapa, beliau telah melakukan sedaya upaya. Cuma kekurangan 'ong' melawan LD. ...

LCW kalah lagi. Perak untuk Malaysia. Fuu, tidak mengapa, beliau telah melakukan sedaya upaya. Cuma kekurangan 'ong' melawan LD. Uji mata sudah, kali ini uji minda pula. Teka-teki mudah. Tidak memerlukan  penyambungan sel-sel neuron yang banyak. Disebabkan kredit Celcom banyak tidak terguna, aku bercadang untuk jadikan ia sebagai hadiah. Aku kan ForeverAlone. Haha. Gelak kesunyian.

Hadiah: Duit raya a.k.a pindah milik kredit RM5 ke nombor Celcom prepaid.

Pemenang dipilih berdasarkan siapa cepat jawab dengan betul, dia dapat. Seorang pemenang sahaja dikehendaki.

Tempoh masa: Err..ikut suka hati aku. Bhahaha. Tetap jika ada yang berjaya menjawab ketiga-tiga teka-teki itu dengan betul, aku akan umumkan pemenangnya dalam entri berikutnya.

Sila guna otak anda sendiri. Tidak perlu jeling-jeling komen di atas atau di bawah anda. Jujur pada diri sendiri. Ayuh berfikir.


Teka-teki 1
Seorang pembunuh dikenakan hukuman mati. Dia terpaksa memilih salah satu daripada 3 bilik hukuman. Bilik pertama, dipenuhi dengan api yang sedang marak membakar. Bilik kedua, dipenuhi dengan pembunuh upahan yang bersenjatakan machine gun. Akhir sekali, bilik ketiga yang dipenuhi singa yang kelaparan selama 2 tahun. Bilik manakah yang paling selamat bagi dia untuk menjalani hukuman dan KENAPA?

Teka-teki 2
Haji Kedekut memiliki 3 orang anak lelaki. Disebabkan hayat beliau yang semakin pendek, si Haji ini pun bercadang mencari pewaris kepada hartanya secepat mungkin. Pewaris yang dicari cuma seorang, tetapi anak ada 3. Konfius. Jadi beliau bercadang membuat peraduan. Setiap anaknya diberi RM20 dan dengan duit tersebut mereka diminta untuk membelikan sesuatu yang dapat memenuhkan bilik stor mereka. Jadi anak pertama, membeli banyak straw, tetapi straw tersebut tidak dapat memenuhi bilik tersebut. Begitu juga dengan anak kedua yang membeli banyak kayu. Kayu tersebut juga tidak dapat memenuhi bilik itu. Anak yang ketiga ini membeli 2 barang dan dengan barang itu berjaya memenuhkan bilik tersebut. Jadi, si anak ketiga inilah yang mendapat semua harta tersebut. Soalannya, APAKAH 2 barang yang dibeli itu?

Teka-teki 3
Encik Jutawan telah dibunuh pada pagi Ahad. Isterinya terus menelefon pihak polis. Seperti biasa, polis akan menyoal siasat isteri dan pekerja-pekerja beliau bagi memdapatkan bukti alibi masing-masing ketika mana pembunuhan berlaku.
Si isteri mengatakan dia tengah tidur.
Si tukang masak mengatakan dia tengah menyiapkan sarapan pagi.
Si pembantu rumah mengatakan dia tengah mendapatkan surat-surat.
Si pemandu mengatakan dia tengah membasuh kereta.
Si tukang kebun mengatakan dia tengah memetik sayuran.
Pantas, polis berkenaan menahan pembunuh tersebut. Siapakah pembunuhnya dan BAGAIMANA polis itu mengetahuinya?

SELAMAT MENCUBA.

Jom baca artikel yang lainnya.

teka-teki 2228857756819676227

Post a Comment Komen Blogger

  1. hebakk teka teki mung. *kening kerut kerut pikir*

    ReplyDelete
  2. mudah jer kot..bgi aku yg susah no.2...klu xdak org leh jwb smue, ak pilihlah siapa yg dpt jawab dgn betul yg pling byk dgn cepat :)

    ReplyDelete
  3. beserabut ak tengokk soalan hng ! TAKODD AQ

    ReplyDelete
  4. berserabut? mmg pon. bhahahha..asalnya teki-teki tu dlm bhsa inggeris..letih ak olah ikut bhsa kebangsaan :P

    ReplyDelete
  5. jawapan pertama: jawapan singa sebab dah 2 tahun tak makan, sah2 le tak larat nak kunyah sekali pun

    jawapan kedua: dia beli straw dan kayu yg abam2 dia beli. campurkan dua2 barang tu penuh la bikik tu

    jawapan ketiga: mestilah si isteri, sebb kata tengah tidur, habis tu yg di gi call polis tu sapa suruh... jadi dia lah pembununhynya... ok.. tu jer dpt jawab :P

    ReplyDelete
  6. hakhak . hebad kaw . ppp kalau dapa . mohon share krdit 2.50 sorang . hakhak3

    ReplyDelete
  7. ha ha ha si miko suh think out of the box jadi aku kuar kan sat kepala hotak aku dari dalam tempurung kepala aku keh3 ko hade??

    ReplyDelete
  8. hakhak . okea tahniah , kaw jaee hadee ! hakhak3

    ReplyDelete
  9. Ain eh tu kat ko tuan belog x ckp pepe pung

    ReplyDelete
  10. aku selalu ada masalah nak memahami teka-teki, termasuklah teka-teki kau ni. sbb tu la, jawapan aku selalu nya tak betul..

    untuk kali ni, aku ucapkan selamat berjaya pada yg mencuba. sbb teka-teki kau betul2 "di luar kotak pemikiran aku la"

    ReplyDelete
  11. disebabkan aku bakal mengambik kos forensik, maka aku dengan yakin akan menjawab soalan jenayah berat sahaja yakni teka-teki 3.

    pembunuh ialah PEMBANTU RUMAH pasal posmen cuti hari Ahad.. haha

    sekian,
    sikacak yang bijak

    ReplyDelete
  12. 1. bilik yg dipenuhi singa..sebab dah kelaparan 2 tahun..kemungkinan dah mati pun..

    2. aku ada 2 jawapan utk soalan nih..1st beli belon..tiup dan penuhkan bilik dgn belon..2nd beli arang dan mancis, penuhkan bilik tu dengan asap..

    3. pembantu rumah..sebab ahad kan cuti..

    ReplyDelete
  13. Nak jawab soalan no satu je boleh encik copypaste?

    1.Bilik yg dipenuhi pembunuh upahan. Sebabnya pembunuh tu pun pembunuh sebenar kann. Mesti lagi powerr dari pembunuh upahan? So, dia boleh bunuh diorang? Eh? Haha!

    Okayy, jawapan tak relevan sungguh -_-

    ReplyDelete
  14. perghh memang mencabar gile hang punye teka teki ni.
    aku try.
    1) bilik yang ade singe. sebab kalau lapar je, mesti pembunuh tu akan mati. tapi sebab die lapar selama 2 tahun, so, die dah lemah. kemungkinan mamat tu boleh hidup. lol.

    2) die beli pam dengan belon banyak banyak. pam belon tu. taraaa~ bilik tu penuh la dengan belon.

    3) pembantu rumah kot. ahad posmen cuti. (rujuk jawapan di youtube.) haha.

    agaknye lah. kalau aku ade jawapan baru, aku post lagi. kan takde tarih tutup kan? hahah.

    ReplyDelete
  15. hahaha.. aku pun fikir begitu. Diakan sorang pembunuh.. kalau takat membunuh tu kacang aja ekekeke.. Tapi singa lapar tu mesti dah tak larat nak gigit manusia kan? :p

    soalan nombor 2 tu aku biul sikit nak jawab.. agaknya dia beli belon kot? tapi satu benda lagi apa eh ekekekek..

    Rasa macam si pembantu rumah hari minggu ada ke posmen hantar surat? erm..


    aku guna digi postpaid.. jadi aku taknak hadiah... aku nak jawapan aja ekekeke..

    ReplyDelete
  16. malas lah pikir..bila ko nk bagi tau jawapanya????
    kesian kawan2 ak tunggu..kehkeh

    ReplyDelete
  17. terima kasih kpd yg sudi mencuba n terima kasih juga yg malas mencuba...ceyt, kedekut nk guna otak...bhahahaha. tarikh tutup jam 3 ptg hari ini...:)

    ReplyDelete
  18. Ha ha ha naseb ppp cuba... Klw tidak sure kena cop "kedekut" keh keh keh >..<

    ReplyDelete
  19. Arghhhh ... kenapa susah sangat ? tergigit jari aku dok memikirkannye . adeh ..

    aku akan datang dan cuba lagi !! CHAIYOKK :P

    ReplyDelete
  20. soalan luar alam..haha..nnti, kalau ada masa, i come back dengan jawapan luar alam jugak..huhu

    ReplyDelete
  21. haha aq nak try la jwb la.. tkut kena cop kedekut plak.. kwang2.. 3org kot member aq try jwb soalan ni semua surendr.. haha

    1.aq rasa bilik ke-2 kot, kat dalam penjara mna ade penjenayah bawa masuk sbrang senjata, dah dia pun kena hukuman penjara.

    2.belon pun bleh jadi jgk sebab belon murah kan durang diberi rm20 sorang, hanya tenaga je diperlukan ..

    3.saya order si pebantu rumah la.. sebab ary ahad pon mna da abg2 pos men dtg.. xpon tukang masak , kebarangkalian dia letak racun dalam makanan tersebut.. ahahaha

    ReplyDelete
  22. hu hu hu sapa le yg akan dapat hadiah ni kan... tak sabau nak tunggu... :P (aku rasa jawapan aku yg ke 3 tu mesti salah :( sebab ramai jawap orang gaji.. haiysss....

    ReplyDelete
  23. haishh mencabar otak betul..harharhar..
    no.1 masuk bilik singa lah..singa boleh dijinakkan-,-
    no.3 tuh rs cm pembantu rumah jugak..tapi tukang kebun pun mcm mencurigakan jugak..haha sebab?err..

    ReplyDelete
  24. NAL try la jawab..

    no. 1 : bilik 2 penjenayah pun seorang pembunuh. Kalau dia mati pun tak per sebab dia kan nak kena hukuman mati.
    no. 2 : beli kayu + straw yg abang2 dia beli. sure la penuh.
    no. 3 : si isteri la pembunuh. cakap tido, mcm mana lak leh call polis..

    ReplyDelete
  25. nak try jugak la.. kekeke

    1. Dia masuk bilik singa tak makan 2 tahun tu. Kenapa? sebab ada ke singa boleh tahan tak makan 2 tahun? silap2 time dia masuk tu singa tu dah mampus. :P

    2. adesh yang no 2 kurang pasti dia mungkin dia beli straw dan kayu abg2 dia kot.. :p

    3. pembantu rumah, ada ke posmen hantar surat pepagi ahad? bukan posmen cuti ke? hehe

    ReplyDelete
  26. PEMENANGNYA adalah ENCIK H..Tahniah :)

    Jawapan
    [1] bilik ke3..dh 2tahun kelaparan, mestilah singa tu dh K.O / arwah

    [2] ikut jawapan asal lilin dengan mancis. bilik itu akan dpenuhi/ diterangi oleh cahaya tersebut. tapi jwpn mr. h logik juga..dipenuhi dgn asap :)

    [3] pembantu rumah. Ahad posmen cuti. tiada surat

    ReplyDelete
  27. cit.... encik H ko kena bagi2 ngan kiterang top up tu... keh keh keh tahniah le ternyata ko suka berfikiran luar dari kotak keh keh keh....

    ReplyDelete
  28. tahniah encik h.. sebenarnya aku x dpt nk jawab sbb aku dah baca komen dlu...kah3...

    ReplyDelete
  29. tahniah Encik H ! power ! :D

    ReplyDelete
  30. kau mcm ni lah kannnn
    penat aku goda.


    tp x menang.
    fainggggg

    ReplyDelete
  31. waaa en H dahh menanggg.. share ye tpop tu.. kah3.. gelak berguling2

    ReplyDelete
  32. MIKO: MOHON ENTRY BARU.. MORE MORE MORE... LAMA DAH TAK TENGOK ENTRY YG SUPERB KAT SINI... YG TENGOK BOLEH JERCABUR RAHANG HA HA HA :p mohon tuan belog merajin2kan diri ye... harap tabah dgn permintaan yg sangat demanding dri PPP keh keh keh >..< (mode: mentang2 tenet kat umah dah ok blik)...

    ReplyDelete
  33. *typo: JERCABUR SILAP... INI YG BETUL TERCABUT RAHANG KEH KEH KEH (RAHANG TAHAP2 MCM DINOSAUR KAT BAWAH NI :p)

    ReplyDelete
  34. aku guna meksis..so takde hadiah..

    1-pembunuh upahan, pembunuh kan kawan dgn pembunuh ??
    2 - kipas , penihkan bilik tuh dgn udara ??
    3 - maid la der..nampak beno nipuye.. :)


    aku bantai je..xscore betul tape..aku dah cuba :)

    ReplyDelete
  35. hati tak dapat menahan untuk baca jawapan-jawapan di ruangan komen xD

    ReplyDelete
  36. perghhh, habes lurus urat2 palotak gua mikir kan jawaban T_T

    ReplyDelete
  37. Cikzaitul: ko dah terlambat teka la.. ha ha ha peraduan dah diTUTUP... pemenang pung dah ada cuba ko baca komen2 kat atas tuh.. mua ha ha ha apakah?? ko naik ketapi malam kot?? adoooaii... >..<

    ReplyDelete
  38. alah baru je bekobar kobar nak jawab, dah ade pemenang pulak, bhahahaa tapi aku pakai maxis, menang pon nak buat ape hahaa

    ReplyDelete
  39. Aku datang sini skodeng jawapan aja ni.. hehehe..

    tahniah Encik H yang menang :D

    ReplyDelete
  40. errr...errr...errr...tima kasih..#_#

    ReplyDelete
  41. Banyak siot jawapan . tahniah Encik H coz kau dpt tndg semua jawapan-II lain ! Otak kau memang xley blah la , ;)

    ReplyDelete
  42. Seorg lelaki dijumpai dibunuh pada 20/7/2014 pada jam 2 petang.. Isteri beliau menelefon polis pada jam 3.15pm

    Polis tiba pada jam 4pm dan menyoal siasat kesemua ahli keluarga pada jam 6pm

    Kenyataan saksi:
    Isteri (Melur): Saya sedang tidur

    Anak (kamal) : saya menonton wayang bersama teman wanita

    Jiran (Siva) : Kami ke majlis kahwin

    Pemandu (samad) : Saya ke bank keluarkan duit

    Tukang masak (lina) : Saya sedang Solat Zuhur

    Tukang kebun ( Pak Din) : Saya di kedai mamak sedang menjamu selera

    Jiran 2 (Sarah) : Saya pergi shopping di Mid Valley

    Polis serta merta menangkap pembunuh.. salah seorg telah menipu..
    Siapa pembunuhnya? Sila nyatakan rasional jawapan anda.

    Selamat mencuba.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak din tkg kebun...20/7 kan puasa....kdai mamak buka ke?hehehe

      Delete

emo-but-icon

Follow

Cbox

Komen

Artikel terkini

item