Santai: Teka-teki berhadiah
LCW kalah lagi. Perak untuk Malaysia. Fuu, tidak mengapa, beliau telah melakukan sedaya upaya. Cuma kekurangan 'ong' melawan LD. ...
http://encikcopypaste.blogspot.com/2012/08/santai-teka-teki-berhadiah.html
LCW kalah lagi. Perak untuk Malaysia. Fuu, tidak mengapa, beliau telah melakukan sedaya upaya. Cuma kekurangan 'ong' melawan LD. Uji mata sudah, kali ini uji minda pula. Teka-teki mudah. Tidak memerlukan penyambungan sel-sel neuron yang banyak. Disebabkan kredit Celcom banyak tidak terguna, aku bercadang untuk jadikan ia sebagai hadiah. Aku kan ForeverAlone. Haha. Gelak kesunyian.
Hadiah: Duit raya a.k.a pindah milik kredit RM5 ke nombor Celcom prepaid.
Pemenang dipilih berdasarkan siapa cepat jawab dengan betul, dia dapat. Seorang pemenang sahaja dikehendaki.
Tempoh masa: Err..ikut suka hati aku. Bhahaha. Tetap jika ada yang berjaya menjawab ketiga-tiga teka-teki itu dengan betul, aku akan umumkan pemenangnya dalam entri berikutnya.
Sila guna otak anda sendiri. Tidak perlu jeling-jeling komen di atas atau di bawah anda. Jujur pada diri sendiri. Ayuh berfikir.

Seorang pembunuh dikenakan hukuman mati. Dia terpaksa memilih salah satu daripada 3 bilik hukuman. Bilik pertama, dipenuhi dengan api yang sedang marak membakar. Bilik kedua, dipenuhi dengan pembunuh upahan yang bersenjatakan machine gun. Akhir sekali, bilik ketiga yang dipenuhi singa yang kelaparan selama 2 tahun. Bilik manakah yang paling selamat bagi dia untuk menjalani hukuman dan KENAPA?

Haji Kedekut memiliki 3 orang anak lelaki. Disebabkan hayat beliau yang semakin pendek, si Haji ini pun bercadang mencari pewaris kepada hartanya secepat mungkin. Pewaris yang dicari cuma seorang, tetapi anak ada 3. Konfius. Jadi beliau bercadang membuat peraduan. Setiap anaknya diberi RM20 dan dengan duit tersebut mereka diminta untuk membelikan sesuatu yang dapat memenuhkan bilik stor mereka. Jadi anak pertama, membeli banyak straw, tetapi straw tersebut tidak dapat memenuhi bilik tersebut. Begitu juga dengan anak kedua yang membeli banyak kayu. Kayu tersebut juga tidak dapat memenuhi bilik itu. Anak yang ketiga ini membeli 2 barang dan dengan barang itu berjaya memenuhkan bilik tersebut. Jadi, si anak ketiga inilah yang mendapat semua harta tersebut. Soalannya, APAKAH 2 barang yang dibeli itu?

Encik Jutawan telah dibunuh pada pagi Ahad. Isterinya terus menelefon pihak polis. Seperti biasa, polis akan menyoal siasat isteri dan pekerja-pekerja beliau bagi memdapatkan bukti alibi masing-masing ketika mana pembunuhan berlaku.
Si isteri mengatakan dia tengah tidur.
Si tukang masak mengatakan dia tengah menyiapkan sarapan pagi.
Si pembantu rumah mengatakan dia tengah mendapatkan surat-surat.
Si pemandu mengatakan dia tengah membasuh kereta.
Si tukang kebun mengatakan dia tengah memetik sayuran.
Pantas, polis berkenaan menahan pembunuh tersebut. Siapakah pembunuhnya dan BAGAIMANA polis itu mengetahuinya?
SELAMAT MENCUBA.
hebakk teka teki mung. *kening kerut kerut pikir*
ReplyDeletemudah jer kot..bgi aku yg susah no.2...klu xdak org leh jwb smue, ak pilihlah siapa yg dpt jawab dgn betul yg pling byk dgn cepat :)
ReplyDeletebeserabut ak tengokk soalan hng ! TAKODD AQ
ReplyDeleteberserabut? mmg pon. bhahahha..asalnya teki-teki tu dlm bhsa inggeris..letih ak olah ikut bhsa kebangsaan :P
ReplyDeletejawapan pertama: jawapan singa sebab dah 2 tahun tak makan, sah2 le tak larat nak kunyah sekali pun
ReplyDeletejawapan kedua: dia beli straw dan kayu yg abam2 dia beli. campurkan dua2 barang tu penuh la bikik tu
jawapan ketiga: mestilah si isteri, sebb kata tengah tidur, habis tu yg di gi call polis tu sapa suruh... jadi dia lah pembununhynya... ok.. tu jer dpt jawab :P
hakhak . hebad kaw . ppp kalau dapa . mohon share krdit 2.50 sorang . hakhak3
ReplyDeleteha ha ha si miko suh think out of the box jadi aku kuar kan sat kepala hotak aku dari dalam tempurung kepala aku keh3 ko hade??
ReplyDeletehakhak . okea tahniah , kaw jaee hadee ! hakhak3
ReplyDeleteAin eh tu kat ko tuan belog x ckp pepe pung
ReplyDeleteaku selalu ada masalah nak memahami teka-teki, termasuklah teka-teki kau ni. sbb tu la, jawapan aku selalu nya tak betul..
ReplyDeleteuntuk kali ni, aku ucapkan selamat berjaya pada yg mencuba. sbb teka-teki kau betul2 "di luar kotak pemikiran aku la"
disebabkan aku bakal mengambik kos forensik, maka aku dengan yakin akan menjawab soalan jenayah berat sahaja yakni teka-teki 3.
ReplyDeletepembunuh ialah PEMBANTU RUMAH pasal posmen cuti hari Ahad.. haha
sekian,
sikacak yang bijak
1. bilik yg dipenuhi singa..sebab dah kelaparan 2 tahun..kemungkinan dah mati pun..
ReplyDelete2. aku ada 2 jawapan utk soalan nih..1st beli belon..tiup dan penuhkan bilik dgn belon..2nd beli arang dan mancis, penuhkan bilik tu dengan asap..
3. pembantu rumah..sebab ahad kan cuti..
Nak jawab soalan no satu je boleh encik copypaste?
ReplyDelete1.Bilik yg dipenuhi pembunuh upahan. Sebabnya pembunuh tu pun pembunuh sebenar kann. Mesti lagi powerr dari pembunuh upahan? So, dia boleh bunuh diorang? Eh? Haha!
Okayy, jawapan tak relevan sungguh -_-
perghh memang mencabar gile hang punye teka teki ni.
ReplyDeleteaku try.
1) bilik yang ade singe. sebab kalau lapar je, mesti pembunuh tu akan mati. tapi sebab die lapar selama 2 tahun, so, die dah lemah. kemungkinan mamat tu boleh hidup. lol.
2) die beli pam dengan belon banyak banyak. pam belon tu. taraaa~ bilik tu penuh la dengan belon.
3) pembantu rumah kot. ahad posmen cuti. (rujuk jawapan di youtube.) haha.
agaknye lah. kalau aku ade jawapan baru, aku post lagi. kan takde tarih tutup kan? hahah.
hahaha.. aku pun fikir begitu. Diakan sorang pembunuh.. kalau takat membunuh tu kacang aja ekekeke.. Tapi singa lapar tu mesti dah tak larat nak gigit manusia kan? :p
ReplyDeletesoalan nombor 2 tu aku biul sikit nak jawab.. agaknya dia beli belon kot? tapi satu benda lagi apa eh ekekekek..
Rasa macam si pembantu rumah hari minggu ada ke posmen hantar surat? erm..
aku guna digi postpaid.. jadi aku taknak hadiah... aku nak jawapan aja ekekeke..
malas lah pikir..bila ko nk bagi tau jawapanya????
ReplyDeletekesian kawan2 ak tunggu..kehkeh
terima kasih kpd yg sudi mencuba n terima kasih juga yg malas mencuba...ceyt, kedekut nk guna otak...bhahahaha. tarikh tutup jam 3 ptg hari ini...:)
ReplyDeleteHa ha ha naseb ppp cuba... Klw tidak sure kena cop "kedekut" keh keh keh >..<
ReplyDeleteArghhhh ... kenapa susah sangat ? tergigit jari aku dok memikirkannye . adeh ..
ReplyDeleteaku akan datang dan cuba lagi !! CHAIYOKK :P
soalan luar alam..haha..nnti, kalau ada masa, i come back dengan jawapan luar alam jugak..huhu
ReplyDeletehaha aq nak try la jwb la.. tkut kena cop kedekut plak.. kwang2.. 3org kot member aq try jwb soalan ni semua surendr.. haha
ReplyDelete1.aq rasa bilik ke-2 kot, kat dalam penjara mna ade penjenayah bawa masuk sbrang senjata, dah dia pun kena hukuman penjara.
2.belon pun bleh jadi jgk sebab belon murah kan durang diberi rm20 sorang, hanya tenaga je diperlukan ..
3.saya order si pebantu rumah la.. sebab ary ahad pon mna da abg2 pos men dtg.. xpon tukang masak , kebarangkalian dia letak racun dalam makanan tersebut.. ahahaha
hu hu hu sapa le yg akan dapat hadiah ni kan... tak sabau nak tunggu... :P (aku rasa jawapan aku yg ke 3 tu mesti salah :( sebab ramai jawap orang gaji.. haiysss....
ReplyDeletehaishh mencabar otak betul..harharhar..
ReplyDeleteno.1 masuk bilik singa lah..singa boleh dijinakkan-,-
no.3 tuh rs cm pembantu rumah jugak..tapi tukang kebun pun mcm mencurigakan jugak..haha sebab?err..
NAL try la jawab..
ReplyDeleteno. 1 : bilik 2 penjenayah pun seorang pembunuh. Kalau dia mati pun tak per sebab dia kan nak kena hukuman mati.
no. 2 : beli kayu + straw yg abang2 dia beli. sure la penuh.
no. 3 : si isteri la pembunuh. cakap tido, mcm mana lak leh call polis..
nak try jugak la.. kekeke
ReplyDelete1. Dia masuk bilik singa tak makan 2 tahun tu. Kenapa? sebab ada ke singa boleh tahan tak makan 2 tahun? silap2 time dia masuk tu singa tu dah mampus. :P
2. adesh yang no 2 kurang pasti dia mungkin dia beli straw dan kayu abg2 dia kot.. :p
3. pembantu rumah, ada ke posmen hantar surat pepagi ahad? bukan posmen cuti ke? hehe
PEMENANGNYA adalah ENCIK H..Tahniah :)
ReplyDeleteJawapan
[1] bilik ke3..dh 2tahun kelaparan, mestilah singa tu dh K.O / arwah
[2] ikut jawapan asal lilin dengan mancis. bilik itu akan dpenuhi/ diterangi oleh cahaya tersebut. tapi jwpn mr. h logik juga..dipenuhi dgn asap :)
[3] pembantu rumah. Ahad posmen cuti. tiada surat
cit.... encik H ko kena bagi2 ngan kiterang top up tu... keh keh keh tahniah le ternyata ko suka berfikiran luar dari kotak keh keh keh....
ReplyDeletetahniah encik h.. sebenarnya aku x dpt nk jawab sbb aku dah baca komen dlu...kah3...
ReplyDeletetahniah Encik H ! power ! :D
ReplyDeletekau mcm ni lah kannnn
ReplyDeletepenat aku goda.
tp x menang.
fainggggg
waaa en H dahh menanggg.. share ye tpop tu.. kah3.. gelak berguling2
ReplyDeleteMIKO: MOHON ENTRY BARU.. MORE MORE MORE... LAMA DAH TAK TENGOK ENTRY YG SUPERB KAT SINI... YG TENGOK BOLEH JERCABUR RAHANG HA HA HA :p mohon tuan belog merajin2kan diri ye... harap tabah dgn permintaan yg sangat demanding dri PPP keh keh keh >..< (mode: mentang2 tenet kat umah dah ok blik)...
ReplyDelete*typo: JERCABUR SILAP... INI YG BETUL TERCABUT RAHANG KEH KEH KEH (RAHANG TAHAP2 MCM DINOSAUR KAT BAWAH NI :p)
ReplyDeleteaku guna meksis..so takde hadiah..
ReplyDelete1-pembunuh upahan, pembunuh kan kawan dgn pembunuh ??
2 - kipas , penihkan bilik tuh dgn udara ??
3 - maid la der..nampak beno nipuye.. :)
aku bantai je..xscore betul tape..aku dah cuba :)
hati tak dapat menahan untuk baca jawapan-jawapan di ruangan komen xD
ReplyDeleteperghhh, habes lurus urat2 palotak gua mikir kan jawaban T_T
ReplyDeleteCikzaitul: ko dah terlambat teka la.. ha ha ha peraduan dah diTUTUP... pemenang pung dah ada cuba ko baca komen2 kat atas tuh.. mua ha ha ha apakah?? ko naik ketapi malam kot?? adoooaii... >..<
ReplyDeletealah baru je bekobar kobar nak jawab, dah ade pemenang pulak, bhahahaa tapi aku pakai maxis, menang pon nak buat ape hahaa
ReplyDeleteAku datang sini skodeng jawapan aja ni.. hehehe..
ReplyDeletetahniah Encik H yang menang :D
errr...errr...errr...tima kasih..#_#
ReplyDeleteBanyak siot jawapan . tahniah Encik H coz kau dpt tndg semua jawapan-II lain ! Otak kau memang xley blah la , ;)
ReplyDeleteSeorg lelaki dijumpai dibunuh pada 20/7/2014 pada jam 2 petang.. Isteri beliau menelefon polis pada jam 3.15pm
ReplyDeletePolis tiba pada jam 4pm dan menyoal siasat kesemua ahli keluarga pada jam 6pm
Kenyataan saksi:
Isteri (Melur): Saya sedang tidur
Anak (kamal) : saya menonton wayang bersama teman wanita
Jiran (Siva) : Kami ke majlis kahwin
Pemandu (samad) : Saya ke bank keluarkan duit
Tukang masak (lina) : Saya sedang Solat Zuhur
Tukang kebun ( Pak Din) : Saya di kedai mamak sedang menjamu selera
Jiran 2 (Sarah) : Saya pergi shopping di Mid Valley
Polis serta merta menangkap pembunuh.. salah seorg telah menipu..
Siapa pembunuhnya? Sila nyatakan rasional jawapan anda.
Selamat mencuba.....
Pak din tkg kebun...20/7 kan puasa....kdai mamak buka ke?hehehe
Delete