Lol: Kentut dan personaliti

Kentut datang lagi. Sebelum ini, anda telah dihidangkan dengan bunyi kentut yang comel yang bernada pelbagai versi. Siapa yang belum den...


Kentut datang lagi. Sebelum ini, anda telah dihidangkan dengan bunyi kentut yang comel yang bernada pelbagai versi. Siapa yang belum dengar, mohon klik Kentut Berbunyi. Kali ini, anda akan belajar apa kaitannya kentut dengan personaliti. Tapi apa yang pasti, kentut anda dan kentut aku. Dua-dua busuk. Kahkahkah. Ayuh teruskan pembacaan.

Seorang yang TIDAK JUJUR
Dia yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

Seorang yang BINGUNG
Dia yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

Seorang yang BERWAWASAN 2020
Dia yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

Seorang yang SENGSARA
Dia yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

Seorang yang MISTERI
Dia yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

Seorang yang GUGUP
Dia yang tiba-tiba terkentut bila disergah.

Seorang yang BERANI
Dia yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

Seorang yang SADIS
Dia yang kentut di dalam selimut ketika di atas katil terus dikibaskan baunya.

Seorang yang PEMALU
Dia yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.

Seorang yang STRATEGIK
Dia yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

Seorang yang KURANG CERDIK
Dia yang sesudah kentut menghirup nafas untuk menggantikan angin kentutnya yang sudah keluar.

Seorang yang PELIK
Dia yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

Seorang yang SOMBONG
Dia yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

Seorang yang RAMAH
Dia yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

Seorang yang SUKA BERSOSIAL
Dia yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

Seorang yang JUJUR
Dia yang mengaku kalau habis kentut.

Seorang yang PINTAR
Dia yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

Seorang yang KELAKAR
Dia yang bila ketawa sambil kentut.

Seorang yang ROMANTIK
Dia yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

Seorang yang TIDAK SIHAT
Dia yang bila batuk dia akan terkentut.

Seorang yang PANAS BARAN
Dia yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

Seorang yang PELUPA
Dia yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.

Aku tahu kentut itu nikmat apabila dilepaskan. Tetapi pastikan pembebasan kentut itu terkawal. Jangan biarkan alam sekitar tercemar disebabkan kebusukan kentut anda itu. Akhir kata, majulah kentut untuk negara. Bhahaha.

Kentut engkau busuk tahap cipan. Nah, penumbuk sebijik.

Jom baca artikel yang lainnya.

santai 1855755928773879741

Post a Comment Komen Blogger

  1. err..apa ni? ni bukan typical entry yg ko biasa buat..

    ReplyDelete
  2. reject2..muhun mr kopipes buat entry yg lebih sadis..grrr

    ReplyDelete
  3. aku rasa aku yg nombor 23... XD

    ReplyDelete
  4. muhahahahaha...

    byk pula blog yg buat aku gelak malam-malam ni...

    ada pula personaliti dari kentut
    ahahahaha...

    oh.. terima kasih buat aku gelak tak henti-henti... dah nak kejang perut aku gelak ni Kopi pasta...

    eh..eh.. ko tumbuk dia smpai berdarah??


    *ko buat aku gelak dgn komen ko kat blog si saddlone! hehe... dan kat n3 si Lana jugaK!

    ReplyDelete
  5. kentut tu tak menjejaskan alam sekitar atau membebaskan asid2 yang berbahaya kepada ekosistem . haha

    ReplyDelete
  6. gua seorang yang berani..kah kah kah!

    ReplyDelete
  7. nice blog.. tq sudi follow saya... :)

    ReplyDelete
  8. @encik H...err, banyak entri aku bersifat sadistik ka? xperasan..=.=' kahkahkah ak kne sound dgn sifu

    @syakir JJCM...23? 2 dgn 3?bingung dgn berwawasan?kahkahkah

    @nong...err mohon jgn kekejangan perut. nnt tak pasal2 ke mintak MC..ehh blog sadd & lana? @_@

    @pensil...kentut ni tak lama lgi akan dmasukkn lam silibus Biologi..harap maklum

    ReplyDelete
  9. err aku rase aku yang pemalu tu, bhahahhaaa :D

    ReplyDelete
  10. hahahaha, aku xde kentut kot :p

    ReplyDelete
  11. buang angin kan sihat.... ;)

    ReplyDelete
  12. Tak ada dalam dunia ni yang kentut tu berbau wangi seperti Clive Christian perfume >..<

    ReplyDelete
  13. hahaha..xde la..saje je komplen..entry ni simple sgt..jarang ko buat entry2 yg simple..:D

    ReplyDelete
  14. hehehe tp org Barat suka kalau kentut...dia akan kata "GOOD!" :)happy Wednesday=)

    ReplyDelete
  15. hahahhahahha ! kentut panjang cmane pulak? kikiki

    ReplyDelete
  16. kah3.. hampir semua gua pernah try. erk!!! terbocor rahsia pulak :P

    ReplyDelete
  17. hahaha . kalau terkentut masa nangis camne plak ? ngehehe

    ReplyDelete
  18. errr...xnak kasi tau la..malu..haha

    ReplyDelete
  19. hahaha... ada personaliti yang tersendiri rupanya.... hihihi...

    ReplyDelete
  20. kentut itu baik untuk kesihatan. haha!

    ReplyDelete
  21. bnyak jenis la pulak kentut yang wujud... hahahaha

    ReplyDelete
  22. ekekeke... mohon kentut di lepaskan dgn ikhlas hati ye anak2 sekalian.. kentut yg lantang melambangkan buah pinggang korang dlm keadaan sihat walepatLiat.. ekeke

    ReplyDelete
  23. Kentut dalam air..Berbuih :|

    ReplyDelete
  24. lyla yg pintar tu.. hahaha

    ReplyDelete
  25. pandai jugak kau men - identifikan jenis jenis kntut nie kan .

    gmbar tuu memang macam muka mntak penumbuk . ehehe :)

    ReplyDelete
  26. sungguh syok bila melepas kentot dalam lif yang bersesak macam ikan sardin dlm tin. hehehe :p

    ReplyDelete
  27. percayalah.

    kentut yang kuat menunjukkan keyakinan diri.

    ReplyDelete
  28. Haha... Bau kentut pun boleh :)

    Saya yang mana ae?? Hihi

    ReplyDelete
  29. personaliti adalah rahsia..harap maklum..haha :D

    ReplyDelete
  30. err. kompius yang mane. ehhh =.=

    ReplyDelete
  31. tanak bce smpi abes!! haha.. mcm mnkutkn je :P

    ReplyDelete
  32. hahaha...adaka patut....
    menakutkan!!!

    ReplyDelete
  33. temaseh atas info ni encik kopi . baru ku tahu kau seorang yg BERANI rupanya . tahniah !

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow

Cbox

Komen

Artikel terkini

item