Aku, blog dan blogger
Jeng... Jeng... Jeng! Muncul kembali tanpa bersebab. Tiga bulan sudah blog berhabuk lagi berdebu ditinggalkan. Berhibernasi dijadikan sebaga...
http://encikcopypaste.blogspot.com/2013/12/aku-blog-dan-blogger.html
Jeng... Jeng... Jeng! Muncul kembali tanpa bersebab. Tiga bulan sudah blog berhabuk lagi berdebu ditinggalkan. Berhibernasi dijadikan sebagai alasan konkrit padahal malas bukan kepalang melanda diri. Apapun. muncul satu pertanyaan di minda; adakah diri ini dan blog ini masih lagi dirindui ramai? Tiba-tiba sindrom kekejangan otak buatan sendiri melanda tatkala tangan ini menaip. Aku buntu mahu berbicara apa lagi!
AKU. Banjir sana sini. Nasib baik rumah tinggi tanahnya maka tidak terjejas dek banjir itu. Suka suasana sekarang disebabkan hujan. Redup dan sejuk sepertinya berada di oversea. Musim tengkujuh boleh diibaratkan musim luruh di Malaysia kalau berdasarkan dinginnya.
BLOG. Domain encikcopypaste.my sudah aku renew 2 tahun lagi. RM 40 melayang sebagai bayarannya. Tidak akan berubah template. Bersusah payah edit itu edit ini, tidak semudah itu untuk beralih. Penuh kenangan katanya. Banyak pula template baru di internet sekarang. Terliur dan gatal tangan hendak trial and error. Sigh. Kerja edit template untuk blog baru masih tertangguh, ada hati hendak mencuba yang lain. Dasar tamak!
BLOGGER. Komitmen sebagai blogger tidak dinafikan memang meletihkan. Bukan berstatus blog hebat lagi otai, bersosial dengan blogger lain i.e blogwalking dan bertukar-tukar komen tidak boleh dipandang sambil lewa. Jika tidak, blog ini akan kekeringan pengunjung dan yang paling penting jumlah komen di setiap entri. Tetapi semua itu memerlukan kerja keras dan konsistensi serta memakan masa jika dibuat setiap hari. Maka, terfikir satu solusi terbaik untuk itu.
" Segala entri baru diset auto-publish DAN pada setiap hari Jumaat, sesi blogwalking dan meninggalkan komen di blog rakan-rakan dijalankan secara PUKAL. "
Setel.
Tiada ayat-ayat penutup. Sekian dan terima kasih kerana membaca.
Yang benar,
Si penghidu cinta.
Lamanya berhibernasii....hehehe
ReplyDeleteselamat kembali kedunia blogging sipenghidu..!
kekeke
binatang tu mcm hidu aku..
ReplyDeleteaku ke cinta tu..? eh..
rajin2 update blog weh..!
LOL~
Deleteeleh. ko pun pemalas juga nak update blog ^^
hohoho...
ReplyDeleterindu juga dengan si kopi pasta...
lama berhibernasi ya...
bicara dan kata-kata makin berpuing-puing nampaknya.. itu kesan hibernasi ya hahaha... bagus. aku suka...
bukan kesan drp berhibernasi tapi rasanya terkena tempias drp mereka yg pandai melontar kata2 dalam penulisan :)
Deletesiapakah mereka itu? jeng3x
ahah. da muncul entry baru seyy
ReplyDeletelama tak dengar cerita..
ReplyDeletewelcome back :D hehe
ReplyDeletebesau hidung :D
Assalamualaikum.
ReplyDeleteWaaa..antara entry yang paling banyak patah perkataan la kopi,hahaha
Rasa macam nak peluk je laptop ni, hahaha, happy semacam plak. erkk.
Welcome back!
err, tudiaa. jangan dibuat laptop jadi bantal peluk sudahhh... :P
DeleteComel plak aihh gambar profile ko, lentik kucing gitu,hahaha
DeleteTakda entry baru ke kopi..rindu r entri2 art ko..
kite geng haha df dah 6 bulan tingglkan :D
ReplyDeletehuishh lamanya bernibernasi..sat2 yg last tu..penghidu cinta? gelak aku~ huhu
ReplyDeleteSelamat tahun baru MIKO hu hu hu
ReplyDeleteagak lama rasanya tidak melihat kelibat en.kopipasta.. ekekeke btw apa khabar?? hope sihat sejahtera .. 3bln tidak muncul agak lama.. dan selamat muncul kembali.. sesungguhnya gue merindu entri2 gift. dr ko.. lalallalalaa
ReplyDeletebabaiii
Assalamualaikum ..lama tak nampak. ehh mahalnya bayar domain untuk setahun ekk? beli hosting mana? sheila dah tukar domain ke blogspot semula. hehehhee. susah la pakai domain ni, ada saja masalah datang daripada hosting. hehheee
ReplyDeleteRM20 setahun utk domain dot my kira murah dah rasanya. ^^
DeleteAsiahost. Pihak diaorg pun banyak masalah jgk. sabar jerla jawabnya =.='
murah tapi service pun bermasalah. tu yang malas jadinya. hehe. nak jawab persoalan pasal masuk 7 bulan mengandung, perasaan mengidam tu akan hilang rasanya. sheila baru masuk 5 bulan dah takda mengidam tapi suami dah take over bab2 mengidam ni. hihi.
DeleteHahahahah , akak pun dah lama bertapa.. ekekekek.ada terseliuh urat urat belikat tak? Hihihi...
ReplyDeleteKan! Samalah kita. After awhile tak update belog, mesti akan jadi macam otak kejang lah. typo kemain banyaklah.. apalah. Alasan! hahah. Bila dah update, nk edit macam2 tu pulak amek masa. Komitmen tah hilang ke mana-mana tah kn. Haha.
ReplyDeleteHappy blogging! :)
yeahh... meh hi-5 sebijik ^^
DeleteWow, glamour la kat sini... Boleh tumpang sekaki yer. Thanks sebab ziarah blog zumal. Kini zumal menjejakkan kaki sambil follow kat sini...
ReplyDeletegambar penghidu cinta tu memang the best la. haha
ReplyDeletewaw..hebat. :) Tabik :)
ReplyDeletehi. . baru je melangkah ke sini. Harap dapat belajar dr awak. Terima kasih :)
ReplyDeletetakutnya binatang bawah tu =.=
ReplyDeletelama tak singgah sini. :) long time no see.
ReplyDeleteSungguh meriah kat sini
ReplyDeletehttp://infosantai2.blogspot.com