Aku, blog dan blogger

Jeng... Jeng... Jeng! Muncul kembali tanpa bersebab. Tiga bulan sudah blog berhabuk lagi berdebu ditinggalkan. Berhibernasi dijadikan sebaga...

tangan
Jeng... Jeng... Jeng! Muncul kembali tanpa bersebab. Tiga bulan sudah blog berhabuk lagi berdebu ditinggalkan. Berhibernasi dijadikan sebagai alasan konkrit padahal malas bukan kepalang melanda diri. Apapun. muncul satu pertanyaan di minda; adakah diri ini dan blog ini masih lagi dirindui ramai? Tiba-tiba sindrom kekejangan otak buatan sendiri melanda tatkala tangan ini menaip. Aku buntu mahu berbicara apa lagi!
tangan

AKU. Banjir sana sini. Nasib baik rumah tinggi tanahnya maka tidak terjejas dek banjir itu. Suka suasana sekarang disebabkan hujan. Redup dan sejuk sepertinya berada di oversea. Musim tengkujuh boleh diibaratkan musim luruh di Malaysia kalau berdasarkan dinginnya.

BLOG. Domain encikcopypaste.my sudah aku renew 2 tahun lagi. RM 40 melayang sebagai bayarannya. Tidak akan berubah template. Bersusah payah edit itu edit ini, tidak semudah itu untuk beralih. Penuh kenangan katanya. Banyak pula template baru di internet sekarang. Terliur dan gatal tangan hendak trial and error. Sigh. Kerja edit template untuk blog baru masih tertangguh, ada hati hendak mencuba yang lain. Dasar tamak!

BLOGGER. Komitmen sebagai blogger tidak dinafikan memang meletihkan. Bukan berstatus blog hebat lagi otai, bersosial dengan blogger lain i.e blogwalking dan bertukar-tukar komen tidak boleh dipandang sambil lewa. Jika tidak, blog ini akan kekeringan pengunjung dan yang paling penting jumlah komen di setiap entri. Tetapi semua itu memerlukan kerja keras dan konsistensi serta memakan masa jika dibuat setiap hari. Maka, terfikir satu solusi terbaik untuk itu.

" Segala entri baru diset auto-publish DAN pada setiap hari Jumaat, sesi blogwalking dan meninggalkan komen di blog rakan-rakan dijalankan secara PUKAL. " 

Setel.



Tiada ayat-ayat penutup. Sekian dan terima kasih kerana membaca.

Yang benar,

Si penghidu cinta.


Jom baca artikel yang lainnya.

santai 4661771791878954177

Post a Comment Komen Blogger

  1. Lamanya berhibernasii....hehehe
    selamat kembali kedunia blogging sipenghidu..!
    kekeke

    ReplyDelete
  2. binatang tu mcm hidu aku..
    aku ke cinta tu..? eh..

    rajin2 update blog weh..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL~

      eleh. ko pun pemalas juga nak update blog ^^

      Delete
  3. hohoho...

    rindu juga dengan si kopi pasta...

    lama berhibernasi ya...

    bicara dan kata-kata makin berpuing-puing nampaknya.. itu kesan hibernasi ya hahaha... bagus. aku suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kesan drp berhibernasi tapi rasanya terkena tempias drp mereka yg pandai melontar kata2 dalam penulisan :)

      siapakah mereka itu? jeng3x

      Delete
  4. ahah. da muncul entry baru seyy

    ReplyDelete
  5. welcome back :D hehe
    besau hidung :D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Waaa..antara entry yang paling banyak patah perkataan la kopi,hahaha

    Rasa macam nak peluk je laptop ni, hahaha, happy semacam plak. erkk.

    Welcome back!

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, tudiaa. jangan dibuat laptop jadi bantal peluk sudahhh... :P

      Delete
    2. Comel plak aihh gambar profile ko, lentik kucing gitu,hahaha

      Takda entry baru ke kopi..rindu r entri2 art ko..

      Delete
  7. kite geng haha df dah 6 bulan tingglkan :D

    ReplyDelete
  8. huishh lamanya bernibernasi..sat2 yg last tu..penghidu cinta? gelak aku~ huhu

    ReplyDelete
  9. agak lama rasanya tidak melihat kelibat en.kopipasta.. ekekeke btw apa khabar?? hope sihat sejahtera .. 3bln tidak muncul agak lama.. dan selamat muncul kembali.. sesungguhnya gue merindu entri2 gift. dr ko.. lalallalalaa

    babaiii

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ..lama tak nampak. ehh mahalnya bayar domain untuk setahun ekk? beli hosting mana? sheila dah tukar domain ke blogspot semula. hehehhee. susah la pakai domain ni, ada saja masalah datang daripada hosting. hehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM20 setahun utk domain dot my kira murah dah rasanya. ^^

      Asiahost. Pihak diaorg pun banyak masalah jgk. sabar jerla jawabnya =.='

      Delete
    2. murah tapi service pun bermasalah. tu yang malas jadinya. hehe. nak jawab persoalan pasal masuk 7 bulan mengandung, perasaan mengidam tu akan hilang rasanya. sheila baru masuk 5 bulan dah takda mengidam tapi suami dah take over bab2 mengidam ni. hihi.

      Delete
  11. Hahahahah , akak pun dah lama bertapa.. ekekekek.ada terseliuh urat urat belikat tak? Hihihi...

    ReplyDelete
  12. Kan! Samalah kita. After awhile tak update belog, mesti akan jadi macam otak kejang lah. typo kemain banyaklah.. apalah. Alasan! hahah. Bila dah update, nk edit macam2 tu pulak amek masa. Komitmen tah hilang ke mana-mana tah kn. Haha.

    Happy blogging! :)

    ReplyDelete
  13. Wow, glamour la kat sini... Boleh tumpang sekaki yer. Thanks sebab ziarah blog zumal. Kini zumal menjejakkan kaki sambil follow kat sini...

    ReplyDelete
  14. gambar penghidu cinta tu memang the best la. haha

    ReplyDelete
  15. hi. . baru je melangkah ke sini. Harap dapat belajar dr awak. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  16. takutnya binatang bawah tu =.=

    ReplyDelete
  17. lama tak singgah sini. :) long time no see.

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow

Cbox

Komen

Artikel terkini

item