Santai: Jarang update sebab?

Hari ini, genap sudah 2 minggu 2 hari blog Mister Copy Paste tidak diupdate. Aku berhibernasi daripada menaip entri padahal banyak benda...


Hari ini, genap sudah 2 minggu 2 hari blog Mister Copy Paste tidak diupdate. Aku berhibernasi daripada menaip entri padahal banyak benda best yang ingin aku kongsikan. Tetapi apakan daya, aku selaku blogger biasa-biasa yang tidak dibayar gaji, berblog hanya sesuka hati. Demi membela diri, ingin aku senaraikan beberapa sebab musabab atau penggunaan kata yang lebih tepat adalah alasan kenapa aku jarang update. Stail ayat ada iras-iras mengarang esei SPM.

[ 1 ] Mood roller coaster.
Memandangkan aku tidak berbakat di dalam bidang penulisan, peranan mood banyak membantu aku selama ini. Ketika mana mood aku berada di puncak, aku mampu mengolah ayat dengan pantas ditambah pula dengan idea yang datang mencurah-curah diibaratkan seperti air paip yang mengalir. Tetapi kebiasaannya, aku sangat lembap membina ayat dan intro dan untuk satu entri sekurang-kurangnya memakan masa 3-4 jam untuk disiapkan. Banyak masa dihabiskan menyiapkan karangan entri berdasarkan gaya dan pemahaman sendiri. Mood berblogging sangat mendatar ketika ini.

[ 2 ] Malas blogwalking balas komen.
Setiap kali entri baru diterbitkan, pasti ada yang akan meninggalkan komen. Tidak kiralah komen tersebut jenis cukup-cukup makan atau komen spesies ikhlas. Dan aku selaku seorang blogger budiman lagi peramah, akan rasa bersalah jika tidak membalas kunjungan dan meninggalkan komen di blog mereka. Tetapi, sindrom kemalasan berkomen semakin menjadi-menjadi. Aku perlukan penawar untuk itu. Apa-apa pun, aku masih lagi mengigihkan diri untuk berbalas komen dengan mereka yang berada di dalam Bloglist aku.

[ 3 ] Banyak lepak di Gplus.
Facebook bagi aku kini sangat membosankan. Jadinya, aku telah beralih ke Google+ dan banyak menghabiskan masa di sana. Eksperimentasi dengan Gplus ini membuatkan aku sangat teruja. Banyak idea tercetus ketika mana aku di sana. Tambahan, Gplus merupakan platfom terbaik dan mudah guna untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca i.e bagi mereka yang telah menambah kita ke dalam Circle atau Follow.

[ 4 ] Gatal tangan edit template.
Edit di sini merujuk kepada mengubah penampilan blog seperti header, warna, widget dan etc tanpa mengubah rangka asal HTML dan CSS. Aku kurang arif sangat pasal koding ini tetapi semua itu boleh dicari jalannya menggunakan Encik Google. Banyak template percuma di internet yang memikat hati dan berjaya membuatkan aku rambang mata. Kalau boleh setiap template yang menarik itu, ingin sahaja aku buatkan blog baru semata-mata mahu melakukan trial and error. Beberapa blog seperti komik2malaysia, komikbest dan off-9 dijadikan uji kaji. Sebagai contoh blog komikbest, tempoh masa seminggu lebih diperlukan oleh aku untuk mengubahnya menjadi seperti sekarang. Asyik sangat mengedit sehingga aku terleka dan mengabaikan blog encikcopypaste ini.

Kesimpulan, faktor dominan yang menyebabkan aku jarang update adalah mood turun naik dan sindrom malas. Ok, itu sahaja. Sekian.


Sebagai selingan.

Perhatikan gif di bawah. Pistol itu akan selalu terarah kepada anda tidak kira pada kedudukan mana anda melihatnya.

*Analogi kepada pembaca setia anda menggesa anda untuk update blog. Gagal berbuat demikian, 3 das tembakan bakal dilepaskan ke arah anda.*

Jika gif tidak bergerak, sila klik pada gambar untuk melihatnya.



Jom baca artikel yang lainnya.

serius 7862342759709750897

Post a Comment Komen Blogger

  1. selamat kembali selepas dua minggu....
    rasanya mood pasang surut berblogging ni normal..
    Nur pun kekadang malas tahap gaban gak..

    tapi kopi, malas2 pun rajin edit2 tu...
    kira ade gak rajinkan.. :)

    err..bahaya la letak pistol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. err rajin? rajin buang masa ada la. =.='

      Delete
    2. kira rajinlah jugak tu..
      rajin buang masa...
      hahaha..
      :p

      Delete
  2. hoho, hampir sama je sebab dia dengan saya,. haha,.. hahah,. memang dia ikutlah,. haha..

    ReplyDelete
  3. Kalaulah kena tembak jika tak update entri, agaknya mesti ramai yg dah mati kann...

    ReplyDelete
  4. tipu. pestol tu tak bergerak pon. kah2 >_<

    sana sini aku elak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak bergerak, klik kat gambar tu. baru nampak pistol tu mengigil.

      Delete
    2. Er.. mengigil tapi dia tak ikut aku pun, mcm yg dikatakan dlm entri ni.. :3
      ke aku silap faham.. er.

      Delete
  5. Lama gak 2 2mggu, ambe pn kdg2 rsa mlas jgak..tgok atas mood dn idea..smalah kite bab entri tu he3, tp bila dh on9, rajin la plak bw..ha3, gmbar pistol 2 nsb baek ambe xelak..hampeh tol...

    ReplyDelete
  6. aku lagi lama tak apdet. blog aku dah macam hidup segan mati tak mahu -..-

    busy la katekannn. wahahah

    ReplyDelete
  7. sama la kita...lebih kurang je...suka main kat google+ jgk

    ReplyDelete
  8. ikhlas sungguh pengakuan tuan tanah ni... ekekekeke bisala sindrom MALAS bukan saja melanda MIKO tapi rasa-rasanya seantaro dunia blog kot mcm tu... dulu ye la ramai yg cuti sam, pas tu sambung study... tpi skrg ni, walaupun dah cuti tapi jarang sekali nampak derang update n3 n3 derang... so kemalasan menjadi-jadi la.. ha ha ha ha... tpi harap jangan pulak ada yg betul2 tembak diri... semata-mata takut blog x berupdate hahahahah ok la kita sama2 pulihkan syndrom MALAS tu... biar sikit asalkan ada entri... tak nanti ramai pulak peminat ENCIKCOPYPASTE ni yg kecewa kbai ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit MALAS + MOOD entah apa2 = berblogging terasa sangat hambar.

      Delete
  9. nampak menggigil je tangan dia pegang pistol tu.. hihi..

    ReplyDelete
  10. heheheheh biaselah tu , kadang ikut mood kan ,, kadang memang malas nak update blog , apa pon majulah blog untuk negara hehehe

    ReplyDelete
  11. tahniah! anda berjaya ekekekek jgn biarkan si spider membuat sarang lagi ok!

    ReplyDelete
  12. hahhaa... apa yg ko buat kat gplus...kemain... btw, aku pandang tepat kt gif tuh tanpa sebarang reaksi utk bergerak ke kiri dan kekanan... pencapaian yg hbat utk hari ni..wakakaka

    ReplyDelete
  13. kemas2 blog tu. dah bersawang. HAHA.
    welcome back bro !

    ReplyDelete
  14. hihihi hmm. Jangan tembak saya. Saya yang akan tembak Mr Kopi Pasta kalau x komen kat entry bru sya :P

    ReplyDelete
  15. ohh cegitu .......

    okay , anda dilarang datang ke blog saya . Titik ...

    ~~~~~~~......

    ReplyDelete
  16. edit template- fuh...hari tu try juga nak main coding2 kononnya. tetiba jadi bukan2 . blog trus tak keluar. hambik kau. hhehe. google + tu tak pandai nak guna application dia. hurm...

    ReplyDelete
  17. hahahaa... :p crilah mood anda slama mana y nak di cari ^_^

    takutlah nak klik gif tu :p

    ReplyDelete
  18. hampir sama. da jarang nk update. ikut mood. klau ada idea.

    ReplyDelete
  19. ok, aku bergerak kiri kanan sebijik macam kartun tuh . demit! aku tak suka diperlakukan sebegini..sob2x.

    ReplyDelete
  20. pernah lalui juga keadaan tak ada mood.

    ReplyDelete
  21. numpang singgah sebentar..
    blogwalking
    visit my blog => Abi Comjalur

    ReplyDelete
  22. aq elak dr terkena 3 das tembakan

    ReplyDelete
  23. gatal tangan edit template...yes! kta serupaa huhuhu...mood pnting dlm berblog ni~

    ReplyDelete
  24. jgn malas nak update blog ye

    ReplyDelete
  25. ahaha...sebijik muka aku waktu tengok GIF tu...haha!

    ReplyDelete
  26. alasan no 1 n 2 tu sme dgn alasan aku bila mls hapdate belog... hahahaha

    ReplyDelete
  27. Aku ade dlm blglist ko ke eh? Lol aku pon mls. Tetiba aku nmpk ko ping brla gagah nk komen err

    #miko jngn mls wlpon ko update entry camni ttp ade sesuatu dlm ni. Aku xbodek ok lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Memang dari dulu lagi, aku letak ko dalam bloglist. Hurm, tgh memaksa diri untuk rajin.

      Delete
  28. sindrom kemalasan amatlah tak digalakkan dlm bidang blog,hehe...rasa syg kot ada nak kenal2 penulisan kita tp sbb mood malas ni pembaca jd bosan tnggu entri baru utk keluar..kalau ada pembca sendiri tu mmg dah alhamdulillah sbb mereka masih setia dgn kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silent readers mungkin bosan nak menunggu n3 baru. Nasib baik ada pembaca/ jurukomen setia yg kebanyakkannya datang drp rakan2 blogger sendiri.

      Delete
  29. Dah lama xmai cni. Beyh,aku xpenah try guna gplus. Bes ke? Nk try ar gni.

    ReplyDelete
  30. jangan terlalu lama tidak update, akan menyebabkan kurang bagus buat Search Engine

    ReplyDelete
  31. betul...saya pun banyak ikut mood bila nak buat satu2 entry...huhuuu

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.

    Ak dtg lagi..hohoho. Err..abaikan,hehehe

    Haritu ak dtg dah..tgk ko menulis panjang2, macam tak caye je,ahahaha. Nampak tak unsur2 mengusik disitu?kih3

    Camna nak tolong ko kuar dari sindrom malas ni kopi? Ada apa2 ke ak bleh tolong.

    Takpun, ko rehat la betul2. Apa pun yg berkaitan blog, blogwalking ke, bls komen ke, tak yah buat. Kita normal person kan, buat benda sama hari2 memang jemu tu dtg.

    Cuba la buat benda baru jugak. Kdg2 jemu n mls ni sbbnya, benda yg kita buat tu dah takda excitement, takda cabaran dah. So, buat benda lain, supaya dpt cabaran baru ok ;)

    ReplyDelete
  33. chess jom kopi..?

    hahaha..

    out topik gila aku..

    ReplyDelete
  34. terkejut den...nasib baik tak mati kena tembak..

    ReplyDelete
  35. owh patutlah mneyeoi je dashboard kak lea dari latest entri dari bro he3..alah relak brader rilek.kalau takde mood jangan update entri sebab terpaksa,nanti ntah merapu meraban jadinya.kak lea pulak kalau tak update rasa macam ada je tak kena,sebab suka benor menulis ngeee.

    tapi kan..janganlah lama sangat menyepi.hah....kak lea pun tak retilah guna g+..cer buat tips/tutor untuk kitorang ni,dah jadi entri jugak tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo *menyepi bukan mneyeio(tu dah jadi bahasa orang apa ntah ngeee)

      Delete
  36. Alamak...seramnya tgk gif tu :D.
    Sekali-sekala kite ni kena malas jugak berblog. bukannya hape, kalau dah start berblog, silap2 tak tido le jwbnye (ini pengalaman CK sendiri). tp takleh la malas lelama, nanti blog pun jd lemau...

    ReplyDelete
  37. walaupun malas.. berjela juga ko mengomel ya.. bagus.. bagus..

    aku dah masuk baca n3 ni sebenarnya sebelum ni.. tapi masa tu gif tu aku x boleh Nampak. putih je. yelah.. mesti angkara tenet aku.. aku nak komen pun masa tu hampeh.. hahaha

    berjela pula intro aku kan.. kahkahkah. maklum la aku dah jadi silent reader tak langsung heeeee..

    tapi sekarang tgk gif tu..

    memang reaction aku sebijik la dgn katun tu grrrrrrrr!

    aku ingat la dia akan tembak dan aku akan terkejut beruk oleh tembakannya! cis...

    *

    ReplyDelete
  38. MALAS2 JA KERJA NYER ISH2
    WWW.KUCINGHITAM.NET

    ReplyDelete
  39. biasalah tu...kadang2 mood kelaut..

    ReplyDelete
  40. sapa yg tembak tu sikit xkena pun wakakakak..

    ReplyDelete
  41. Pernah lalui benda ini!! First time tengok entry hang panjang berjeler...hahaha..

    ReplyDelete
  42. Biasa lah bagi blogger. Kak Ain pun tulis ikut masa lapang Saja suka-suka tulis, dan kemudian ping entri supaya dapat kawan. ( ni komen species cukup-cukup makan he..he..)

    ReplyDelete
  43. aku rasa apa yang ko rasa.... blog aku dah bersawang....huaaaaa

    ReplyDelete
  44. sama la macam sya..ypdate pun sbb ikut mood kerajinan..hee

    ReplyDelete
  45. aku lagi malas... wah, ramainya yg komen. Aku suka :)

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow

Cbox

Komen

Artikel terkini

item